Friday, 5 November 2010

BUKU : TIP-TIP KEWANGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Kewangan selalu menjadi masalah yang membelenggu ramai orang, walaupun mereka mempunyai pekerjaan dan gaji tetap. Keluhan juga sering kedengaran terutamanya pada pertengahan dan penghujung bulan.

Melalui buku ini, KCLau memberi panduan yang berupa tip-tip dan 'trick' yang simple dan pratikal untuk rakyat Malaysia dalam menguruskan kewangan peribadi tanpa usaha dan kerja keras, cuma memanipulasikan perkara seharian seperti simpanan, pelaburan unit amanah, kad kredit, gadai janji, NCD insurans, pinjaman, insurans nyawa, cukai pendapatan dan lain-lain lagi.

Sebanyak 24 tips dikemukakan oleh penulis yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Tips Kewangan Bijak, Tips Menjana Wang, Tips Menjimat Wang, dan Tips Melindungi Wang.

Ironinya, KCLau bukanlah lulusan ekonomi dari universiti hebat luar negara. Dia adalah lulusan UTM Skudai dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal, tetapi tidak pernah terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dia sebaliknya lebih cenderung menjadi seorang pemuzik selama bertahun-tahun dan terjebak dalam industri perkhidmatan kewangan kerana minat.

Melalui buku ini, beliau berharap dapat membuka mata ramai orang untuk mencapai lebih banyak dengan sumber kewangan yang terhad.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...