Tuesday, 29 March 2011

KASET: DESIRE, - + x :- (1989)


DESIRE adalah antara band rock yang terbaik dari Kelantan. Album ini merupakan album kedua band ini dan dikeluarkan pada tahun 1989 selepas album ‘Sumpitan Senja’ (1988).

Album ini dimulakan dengan lagu tajuk album iaitu -+x:-, dengan intro dan starting yang catchy. Diikuti dengan lagu Otak Ular, sebuah lagu fast yang dimulakan dengan solo gitar yang agak panjang. Seperti kebiasaan album rock era akhir 80’an, lagu kedua atau ketiga wajib diletakkan lagu slow rock jiwang yang diharap dapat menjadi killer song dan dapat masuk carta Muzik Muzik.. Untuk album ini, DESIRE mempertaruhkan lagu Bias Cinta yang masih sedap didengar hingga kini. Selepas itu mereka kembali keras dengan lagu Dosa Semalam, dan kemudian kembali slow rock jiwang dengan lagu Sentuhan.

Side B dimulakan dengan lagu Benar Tetap Benar, sebuah lagu heavy yang menarik dengan elemen timur tengah serta lirik yang menyentuh mengenai isu Palestin. Sebuah lagi lagu keras yang sedap ialah Dinasti Air Mata, antara lagu terbaik dalam album ini, walaupun intro lagu ini ada bau-bau budu lagu SLAYER, Post Mortem. Lagu-lagu lain seperti Hakikat Cinta, Angkara Manusia dan Cetusan Rindu juga boleh layan.

Album ini adalah antara album rock tempatan yang menjadi favourite aku pada zaman itu. Album ini juga adalah album terbaik dari DESIRE berbanding album SUMPITAN SENJA (1988) dan Kata Kata Kata(1990).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...