Pada bulan Rabiul'Awal yang lalu, iaitu bulan sambutan kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, aku mencari buku biografi lengkap baginda sejak dari zaman kelahiran hingga ke kewafatannya,
Aku tertarik dengan buku ini kerana penyampaiannya lebih kepada gaya novel dan tidak terlalu terikat dengan fakta-fakta. Gaya sebegini sememangnya menjadi trend masakini bagi penulis menceritakan kisah tokoh-tokoh silam terutamanya tokoh-tokoh Islam. Aku tak pasti asal usul penulis buku ini iaitu Abdurrahman Asy Syarqawi kerana tiada maklumat diberikan. Cuma yang aku tahu buku ini asalnya diterbitkan di Indonesia.
Setelah menghabiskan buku ini, aku dapati memang cara penyampaian buku ini dalam menceritakan kisah hidup Rasulullah berbeza sekali dengan buku-buku lain yang pernah aku baca. Watak Muhammad (s.a.w) lebih banyak digambarkan sebagai seorang manusia yang memimpin kaum dan rakyat ketika itu dari kezaliman dan penindasan golongan atasan..Muhammad yang membela kaum hamba yang ditindas oleh tuannya..yang menentang cengkaman puak-puak penguasa yang melakukan sewenang-wenangnya atas penduduk Mekah yang lemah atas nama al Latta dan al Uzza yang dimomokkan mereka.
Puak-puak penguasa yang dikepalai oleh Abu Jahal amat tidak senang dengan dakwah Muhammad ini yang mana dapat mengganggu gugat kepentingan dan kedudukan mereka dalam menguasai sosio ekonomi yang bersifat zalim dan menindas golongan bawahan Mekah ketika itu.
Di Madinah pula, setelah penghijrahan, Nabi Muhammad s.a.w berdepan pula dengan pelbagai masalah negara yang baru ditubuhkan itu. Masalah perpaduan Muhajirin dan Ansar, masalah Yahudi yang sentiasa mencari jalan menghapuskan Rasulullah, penyebaran fitnah oleh puak-puak munafik Abdullah bin Ubay, dan juga ancaman dari Quraisy Mekah yang masih tidak berpuas hati dengan kebangkitan Islam di Madinah. Pendek kata Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah dapat berehat dengan aman dari segala permasalahan itu.
Setelah mengetahui sirah Nabi ini, aku dapati permasalahan umat pada hari ini tidak jauh bezanya dari zaman jahiliyah dan kerajaan Madinah dahulu. Penguasa yang korup dan menindas..menyeksa rakyat yang tidak sehaluan..cuba menyekat ajaran agama yang menganjurkan keadilan dan kemakmuran..kelicikan dan kejahatan Yahudi laknatullah..penyebaran fitnah yang berleluasa..penzinaan..arak..dan sebagainya.
Sebagai orang Islam yang mengaku sebagai umat Muhammad, marilah kita mengambil tahu sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w. supaya dengan itu lebih menambahkan keimanan dan kecintaan kita kepada Junjungan Besar kita ini, Wallahu'alam..
Saya pula berbeza pandangan dgn saudara.
ReplyDeleteSaya dapati buku ini baik dari segi memberi gambaran general keadaan sewaktu itu. Dan kita dpt melihat suasana masyarakat di sana amat sukar utk nabi.
Tetapi saya gusar dgn kata-kata Nabi yg di petiknya (dari mana hadis itu dipetik), acapkali rasul di perlihatkan seolah-olah seperti seorang pembengis dan seorang yg lemah (spt dlm menangani Abdullah bin Ubai), dan ada juga dipetik kata-kata dari "kalbu" nabi.
Saya setuju dengan kegusaran anda.. Setiap ucapan dan kata-kata Nabi s.a.w adalah hadis dan perlu kepada sanad dan riwayatnya..
ReplyDeleteSaudara musart,
ReplyDeleteSelepas novel Muhammad ini, saya beli novel Umar the Conquerer karya pengarang yang sama.
Novel Umar ini kelihatan jauh lebih baik tulisannya dan penuh dengan fakta. Dari gayanya pengarang mampu melahirkan novel yg lebih kuat dari novel Muhammad the Messenger.
Harap2nya novel Muhammad s.a.w ini dikemaskini semula agar lebih baik dari yg ada sekarang ini.