Sunday, 18 March 2012

ROCKERS YANG 'KEMBALI"...part 1

Kebelakangan ini, ramai rockers yang mula menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dan positif. Mungkin faktor usia atau peristiwa-peristiwa tertentu yang menjadi 'asbab' perubahan jiwa ini. Apa-apa pun, semuanya adalah hidayah dan taufik dari Allah s.w.t. jua sebagaimana doa kita dalam solat, "tunjukilah aku jalan yang lurus...".

Semoga mereka akan tetap teguh dan istiqomah dalam perubahan ini dan menjadi idola yang positif kepada anak-anak muda yang menjadi peminat mereka. Antara rockers-rockers yang telah berubah ini ialah :


1) AMY SEARCH



Lagenda rock tanahair ini mula melakukan perubahan sekembalinya beliau dari Tanah Suci selepas melakukan ibadah umrah. Amy yang terkenal dengan imej dan fesyen rocknya mula dilihat mengenakan jubah dan kopiah dan berdamping dengan ulama dan ustaz-ustaz.

Walaupun Amy masih belum meninggalkan dunia rocknya, secara relatifnya Amy telah melakukan perubahan yang besar dalam hidupnya berbanding dahulu.


2) AKHIL HAYY



Akhil Hayy telah mencetuskan fenomena tersendiri sekitar tahun 2000 apabila berjaya menarik puluhan ribu penonton ke pentas ceramahnya. Ceramahnya yang simple dan diselitkan dengan lawak jenaka, nyanyian, dan bahasa slanga telah menarik minat anak muda ke ceramah-ceramah beliau.

Walaupun Akhir Hayy kurang popular di zaman rocknya, beliau berjaya menjadi bintang selepas penghijrahannya.


3) dR SAM



Walaupun dR Sam bukanlah seorang rockers, tetapi pengaruh beliau bersama bandnya, Musafir, yang memperjuangkan irama raggae, telah menjadi pujaan dan ikutan remaja pada zaman 'Kembara Seniman Jalanan' selain dari M.Nasir dan Ramli Sarip. Beliau menyertai jemaah tabligh dan komited dengan kerja-kerja dakwahnya.

Sehingga kini, artis raggae tanahair seperti Pure Vibrations, masih mengiktiraf dR Sam sebagai idola raggae mereka.


4)  SHAM KAMIKAZE



Antara gitaris rock yang sedang mencipta nama di arena muzik tempatan. Bermula dengan band Kamikaze, Sham terus mencipta identiti dan kemasyuran apabila dilantik menjadi pengarah muzik untuk Akademi Fantasia dengan berbekalkan ilmu muzik dari institusi terkemuka dunia.

Penghijrahan Sham agak mengejutkan dunia muzik tanahair kerana ketika itu dia sedang berada di puncak kerjayanya.


5) JOE VISA



Band VISA pernah mewarnai dunia muzik rock tempatan sekitar tahun 90'an dahulu dan pernah popular dengan beberapa lagu yang masih diingati hingga kini. Walaupun Joe bukan lah vokalis, tetapi dia adalah tulang belakang band ini dan banyak mencipta lagu-lagu yang menaikkan nama kumpulan VISA.

Penghijrahan Joe agak ketara dan dia sekarang menjadi tenaga pengajar di sebuah pondok pengajian di Kuala Terengganu dengan gelaran Ustaz Zulkarnain.

...cont.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...