Sunday 10 May 2015

Big Bad Wolf Terengganu 2015


BIG BAD WOLF?  Sebelum ni dengar dari member-member yang kaki buku dan ulat buku je pasal event ni.. Selalunya diorang buat kat The Mines, KL. Tapi tahun ni dah datang sampai ke Kuala Terengganu pulak. Tak boleh lepaskan peluang ni.. nak jugak rasa kehebatan yang sering digembar gempur oleh member-member..

Sebab nak rasai sendiri, aku pun pergilah jenguk-jenguk kat Gymnasium UniSZA ni.. tempat berlangsungnya BBW ni la.. First day.. Office Hour lak tu.. jadi orang pun tak la ramai sangat..

Memang murah gila la buku-buku yang dijual kat BBW ni.. Buku-buku tu pulak bukan yang dah lama sangat.. Mostly buku-buku bahasa Inggeris.. Bahasa pun ada... tapi dah sedikit outdated.. Buku-buku dah disusun ikut kategori masing-masing macam Fiction, Cookery, Achitectual, Children, Biography, Memoir, Art, Economic, Self Help dan banyak lagi lah.. Kira haven la bagi yang kaki buku dan kaki tambah koleksi buku.

Aku sambar la jugak beberapa buah buku untuk koleksi sebab dah geram sangat tengok harga dia.

Pagi hari Jumaat baru ni aku pergi lagi. Kali ni bawak anak-anak pulak.. diorang pun tahu pasal BBW ni.. cikgu diorang yang bagitau.. Lagipun aku nak anak aku lebih suka layan  buku daripada layan Tab dan Henset diorang tu. Kali ni orang agak ramai.. maklum lah hari cuti.. Time nak membayar tu sampai keliling dewan barisan Q nya.. Tapi tak la lama sangat pasal diorang ni memang dah cekap handle crowd. Belah petang lagi teruk.. dengar cerita sampai tunggu giliran nak masuk dewan.. Hebat betul penangan Big Bad Wolf ni..

Apa pun, terima kasih lah kepada Big Bad Wolf dan UniSZA kerana sudi buat even ni kat Terengganu.. cuma satu jer.. lain kali buat lah kat tempat besar sikit.. Aku cadangkan buat je kat Stadium Tertutup Gong Badak tu..Jumpa lagi tahun depan.

Thursday 19 September 2013

Aku dan SAMSUNG..


Akhirnya aku menjadi keluarga SAMSUNG GALAXY. Ini kerana handphone NOKIA C6-01 dah agak nazak dan memerlukan rawatan rapi setelah 2 tahun setengah aku pakai.

Kenapa aku memilih SAMSUNG GALAXY CORE ?

BRAND
Sekarang brand SAMSUNG sedang mendominasi pasaran selain iphone dan SONY.

TREND
Ramai member-member pakai SAMSUNG, dah jadi macam trend terkini.. Jadi aku pun tak mahu ketinggalan mencuba teknologi SAMSUNG ni..

BUDGET
Samsung GALAXY CORE ni bawah RM800.. sesuai dengan budget aku.





Saturday 28 April 2012

BUKU : Membongkar Kesesatan Black Metal - Ann Wan Seng


Sinopsis

Buku karya Ann Wan Seng ini cuba menggali dan membongkar kaitan muzik black metal dan amalan pemujaan syaitan. Sebenarnya edisi asal buku ini pernah diterbitkan pada tahun 2006 ketika kontroversi muzik black metal menggusarkan ramai ibu bapa dan masyarakat. Edisi ini telah dikemaskini dan ditambah tokok supaya lebih menyeluruh dan lengkap.

Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu; Sejarah Pemujaan Syaitan, Kesesatan Black Metal, dan Lampiran-lampiran Berkaitan. Bahagian pertama buku ini mengupas tentang sejarah dan amalan pemujaan syaitan di seluruh dunia dari dahulu hingga sekarang, dari zaman kurun ke 17 di Eropah hingga penubuhan 'Church of Satan' oleh Anton Szandor La Vey pada 1966 di San Francisco. Anton La Vey juga adalah pengarang kitab The Satanic Bible yang menjadi rujukan pengamal amalan ini hingga kini.

Bahagian ke 2, Kesesatan Black Metal, mengaitkan muzik black metal dengan amalan pemujaan syaitan dengan mengupas tentang asal usul black metal, simbol-simbol black metal, dan kesesatan yang dibawa oleh band-band black metal melalui lirik-lirik lagu mereka.

Bahagian ke 3 melampirkan 4 artikel yang pernah dikeluarkan oleh media dan risalah berkenaan isu black metal.ini.


Ulasan

Penulis berjaya menyusun dengan kemas fakta-fakta yang berkaitan dengan sejarah dan amalan pemujaan syaitan ini. Tidak dapat dipastikan samada penulis benar-benar melakukan kajian atau hanya menceduk dan mengolah semula fakta dari alam siber. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita menolak fakta-fakta yang dikemukakan. Malangnya, penulis telah merosakkan kredibiliti buku ini dengan memasukkan 4 artikel dari sumber yang lain yang pernah diterbitkan tentang isu ini. 4 artikel ini terlalu bias dan menampilkan fakta yang mengarut tentang amalan peminat muzik black metal di negara ini seperti mencuri, mengoyak, memijak, membakar al-Quran, meminum darah kambing, mengadakan hubungan sex berlapikkan al-Quran dan sebagainya.

Peminat muzik metal, terutamanya yang beragama Islam, harus melihat buku ini dari sudut yang positif. Ungkapan seperti "aku dengar muzik je, lirik aku tak ambik" atau "aku pakai salib terbalik ni untuk tunjukkan aku anti agama kristian" atau "aku pakai logo pentagram ini saja-saja je..gimik" atau "walaupun aku pakai t-shirt gambar kambing baphomet, tapi aku tak percaya dia boleh bagi aku apa-apa kuasa" dan sebagainya sebenarnya hanya untuk menyedapkan hati sendiri sahaja. Hakikatnya, benda-benda ini boleh meyesatkan kita tanpa kita sedari. Pendedahan tentang logo, simbol dan nama-nama syaitan dalam buku ini boleh dijadikan panduan untuk kita lebih memahami apa yang kita minati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...