Saturday 6 March 2010

MAGAZINE : KARISMA #2

Sebuah majalah bernuansakan muzik metal baru saja menjengah pasaran sejak Januari 2010. Tup-tup dah issue no.2. Tak nampak pulak first issue kat pasaran sebelum ni. Mungkin tak widely spread kot.

Issue No.2 ni menampilkan foto klasik band Cromok sebagai front page. Juga dimuatkan temubual ekslusif yang menarik bersama dengan Sam Cromok, yang banyak mendedahkan kisah-kisah band ini ketika di Australia.

Terdapat juga artikel yang menarik pasal Iwan Fals, legenda muzik Indonesia yang rebellious dan kritis. Artikel ini lengkap dengan fakta-fakta, discography dan petikan lirik yang menarik dari lagenda ini.

Artikel lain juga tak kurang menarik dan sarat dengan informasi muzik metal dari dalam dan luar negara seperti XPDC, Jump P, Blackfire, Bulldozer, Lamb Of God, Predicated Not Define dan banyak lagi, termasuk gig review.

Sebenarnya majalah KARISMA ini adalah kesinambungan dari majalah EMPAYAR dan METAL STORM yang telah berkubur tanpa nesan. Dengan editor dan crew team yang sama, bolehlah dikatakan KARISMA adalah kelahiran semula majalah EMPAYAR. Cuma kekurangan dari segi kualiti printing dan penggunaan font yang agak menyakitkan mata.

So, bagi metal head sekalian, supportlah majalah ni supaya ianya tidak berkubur seperti sebelum ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...