Saturday 28 April 2012

BUKU : Membongkar Kesesatan Black Metal - Ann Wan Seng


Sinopsis

Buku karya Ann Wan Seng ini cuba menggali dan membongkar kaitan muzik black metal dan amalan pemujaan syaitan. Sebenarnya edisi asal buku ini pernah diterbitkan pada tahun 2006 ketika kontroversi muzik black metal menggusarkan ramai ibu bapa dan masyarakat. Edisi ini telah dikemaskini dan ditambah tokok supaya lebih menyeluruh dan lengkap.

Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu; Sejarah Pemujaan Syaitan, Kesesatan Black Metal, dan Lampiran-lampiran Berkaitan. Bahagian pertama buku ini mengupas tentang sejarah dan amalan pemujaan syaitan di seluruh dunia dari dahulu hingga sekarang, dari zaman kurun ke 17 di Eropah hingga penubuhan 'Church of Satan' oleh Anton Szandor La Vey pada 1966 di San Francisco. Anton La Vey juga adalah pengarang kitab The Satanic Bible yang menjadi rujukan pengamal amalan ini hingga kini.

Bahagian ke 2, Kesesatan Black Metal, mengaitkan muzik black metal dengan amalan pemujaan syaitan dengan mengupas tentang asal usul black metal, simbol-simbol black metal, dan kesesatan yang dibawa oleh band-band black metal melalui lirik-lirik lagu mereka.

Bahagian ke 3 melampirkan 4 artikel yang pernah dikeluarkan oleh media dan risalah berkenaan isu black metal.ini.


Ulasan

Penulis berjaya menyusun dengan kemas fakta-fakta yang berkaitan dengan sejarah dan amalan pemujaan syaitan ini. Tidak dapat dipastikan samada penulis benar-benar melakukan kajian atau hanya menceduk dan mengolah semula fakta dari alam siber. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita menolak fakta-fakta yang dikemukakan. Malangnya, penulis telah merosakkan kredibiliti buku ini dengan memasukkan 4 artikel dari sumber yang lain yang pernah diterbitkan tentang isu ini. 4 artikel ini terlalu bias dan menampilkan fakta yang mengarut tentang amalan peminat muzik black metal di negara ini seperti mencuri, mengoyak, memijak, membakar al-Quran, meminum darah kambing, mengadakan hubungan sex berlapikkan al-Quran dan sebagainya.

Peminat muzik metal, terutamanya yang beragama Islam, harus melihat buku ini dari sudut yang positif. Ungkapan seperti "aku dengar muzik je, lirik aku tak ambik" atau "aku pakai salib terbalik ni untuk tunjukkan aku anti agama kristian" atau "aku pakai logo pentagram ini saja-saja je..gimik" atau "walaupun aku pakai t-shirt gambar kambing baphomet, tapi aku tak percaya dia boleh bagi aku apa-apa kuasa" dan sebagainya sebenarnya hanya untuk menyedapkan hati sendiri sahaja. Hakikatnya, benda-benda ini boleh meyesatkan kita tanpa kita sedari. Pendedahan tentang logo, simbol dan nama-nama syaitan dalam buku ini boleh dijadikan panduan untuk kita lebih memahami apa yang kita minati.



Monday 23 April 2012

Majalah : AL-USTAZ






Sebuah lagi majalah agama diterbitkan oleh Telaga Biru SB selepas kejayaan majalah SOLUSI dan Gen-Q. Kejayaan majalah SOLUSI terbitan mereka telah menjadi satu 'trend setting' dalam penerbitan majalah-majalah bergenre agama dan dakwah sehingga penerbit lain berlumba-lumba menerbitkan majalah dengan genre dan konsep yang hampir sama.

Konsep majalah al-Ustaz ini tidak jauh beza sangat dengan SOLUSI, cuma cara penyampaiannya menggunakan konsep soal jawab (Q&A). Kolumnisnya juga tak banyak beza dengan SOLUSI, dengan isi yang padat, ilustrasi yang menarik dan cara penyampaian yang berkesan.

Bagi peminat majalah SOLUSI, majalah al-Ustaz ini boleh menjadi pengisi kekosongan sementara menunggu keluaran terbaru SOLUSI.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...