Monday 26 March 2012

ROCKERS YANG 'KEMBALI'...part2

cont'd..

6) MEL WINGS



Mel dipilih menyertai Wings setelah Awie meninggalkan kumpulan itu. Walaupun jodoh bersama Wings hanya setahun dan hanya sempat merakamkan sebuah album, Mel telah memberi impak yang besar kepada Wings. Lagu dendangannya bersama Wings masih diminati hingga kini.

Mel yang berlatarbelakang keluarga yang patuh agama akhirnya mengambil keputusan 'berhijrah' dan sekarang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.

 7) BOB LOKMAN






Mula dikenali di pentas seni sebagai pengurus kumpulan Wings, Bob Lokman mula mengorak langkah menceburi bidang lakonan, lawak jenaka, hinggalah bidang pengacaraan. Mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan menyertai Parti Islam SeMalaysia dan aktif atas pentas-pentas ceramah parti.

Walaupun pernah ditangkap beberapa kali oleh Jabatan Agama kerana memberi kuliah tanpa permit, Bob Lokman masih komited atas jalan yang dipilih itu.



8) IZAM E.Y.E




Bersama kumpulan EYE, Izam menempa nama dengan lagu-lagu slow rock yang menarik minat golongan muda di era 90'an dulu. Setelah kurang aktif dalam nyanyian, Izam memilih menyertai jemaah tabligh sebagai wadah dakwahnya.



 9) RADZI MELISSA






Sebagaimana Izam, Radzi juga dikenali dengan lagu-lagu slow rock era 90'an. Kini, dengar khabarnya Radzi telah menjadi seorang ustaz dan aktif di utara tanahair. Kelibatnya masih lagi boleh dilihat bersama kumpulan Melissa dan mungkin akan merakamkan album bersama kumpulan tersebut.




10) ALI XPDC




Masih baru berjinak-jinak dengan medan dakwah, Ali XPDC kelihatan masih kekok menyampaikan kuliah. Walaupun sentiasa tampil dengan imej heavy metal dengan pakaian serba hitam dan rambut panjang, Ali mengaku dirinya tidak pernah merokok dan mengambil minuman keras sepanjang terlibat sebagai penyanyi rock.




Sunday 18 March 2012

ROCKERS YANG 'KEMBALI"...part 1

Kebelakangan ini, ramai rockers yang mula menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dan positif. Mungkin faktor usia atau peristiwa-peristiwa tertentu yang menjadi 'asbab' perubahan jiwa ini. Apa-apa pun, semuanya adalah hidayah dan taufik dari Allah s.w.t. jua sebagaimana doa kita dalam solat, "tunjukilah aku jalan yang lurus...".

Semoga mereka akan tetap teguh dan istiqomah dalam perubahan ini dan menjadi idola yang positif kepada anak-anak muda yang menjadi peminat mereka. Antara rockers-rockers yang telah berubah ini ialah :


1) AMY SEARCH



Lagenda rock tanahair ini mula melakukan perubahan sekembalinya beliau dari Tanah Suci selepas melakukan ibadah umrah. Amy yang terkenal dengan imej dan fesyen rocknya mula dilihat mengenakan jubah dan kopiah dan berdamping dengan ulama dan ustaz-ustaz.

Walaupun Amy masih belum meninggalkan dunia rocknya, secara relatifnya Amy telah melakukan perubahan yang besar dalam hidupnya berbanding dahulu.


2) AKHIL HAYY



Akhil Hayy telah mencetuskan fenomena tersendiri sekitar tahun 2000 apabila berjaya menarik puluhan ribu penonton ke pentas ceramahnya. Ceramahnya yang simple dan diselitkan dengan lawak jenaka, nyanyian, dan bahasa slanga telah menarik minat anak muda ke ceramah-ceramah beliau.

Walaupun Akhir Hayy kurang popular di zaman rocknya, beliau berjaya menjadi bintang selepas penghijrahannya.


3) dR SAM



Walaupun dR Sam bukanlah seorang rockers, tetapi pengaruh beliau bersama bandnya, Musafir, yang memperjuangkan irama raggae, telah menjadi pujaan dan ikutan remaja pada zaman 'Kembara Seniman Jalanan' selain dari M.Nasir dan Ramli Sarip. Beliau menyertai jemaah tabligh dan komited dengan kerja-kerja dakwahnya.

Sehingga kini, artis raggae tanahair seperti Pure Vibrations, masih mengiktiraf dR Sam sebagai idola raggae mereka.


4)  SHAM KAMIKAZE



Antara gitaris rock yang sedang mencipta nama di arena muzik tempatan. Bermula dengan band Kamikaze, Sham terus mencipta identiti dan kemasyuran apabila dilantik menjadi pengarah muzik untuk Akademi Fantasia dengan berbekalkan ilmu muzik dari institusi terkemuka dunia.

Penghijrahan Sham agak mengejutkan dunia muzik tanahair kerana ketika itu dia sedang berada di puncak kerjayanya.


5) JOE VISA



Band VISA pernah mewarnai dunia muzik rock tempatan sekitar tahun 90'an dahulu dan pernah popular dengan beberapa lagu yang masih diingati hingga kini. Walaupun Joe bukan lah vokalis, tetapi dia adalah tulang belakang band ini dan banyak mencipta lagu-lagu yang menaikkan nama kumpulan VISA.

Penghijrahan Joe agak ketara dan dia sekarang menjadi tenaga pengajar di sebuah pondok pengajian di Kuala Terengganu dengan gelaran Ustaz Zulkarnain.

...cont.

Wednesday 7 March 2012

MUHAMMAD THE MESSENGER - Abdurrahman Asy Syarqawi

Pada bulan Rabiul'Awal yang lalu, iaitu bulan sambutan kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, aku mencari buku biografi lengkap baginda sejak dari zaman kelahiran hingga ke kewafatannya,

Aku tertarik dengan buku ini kerana penyampaiannya lebih kepada gaya novel dan tidak terlalu terikat dengan fakta-fakta. Gaya sebegini sememangnya menjadi trend masakini bagi penulis menceritakan kisah tokoh-tokoh silam terutamanya tokoh-tokoh Islam. Aku tak pasti asal usul penulis buku ini iaitu Abdurrahman Asy Syarqawi kerana tiada maklumat diberikan. Cuma yang aku tahu buku ini asalnya diterbitkan di Indonesia.

Setelah menghabiskan buku ini, aku dapati memang cara penyampaian buku ini dalam menceritakan kisah hidup Rasulullah berbeza sekali dengan buku-buku lain yang pernah aku baca. Watak Muhammad (s.a.w) lebih banyak digambarkan sebagai seorang manusia yang memimpin kaum dan rakyat ketika itu dari kezaliman dan penindasan golongan atasan..Muhammad yang membela kaum hamba yang ditindas oleh tuannya..yang menentang cengkaman puak-puak penguasa yang melakukan sewenang-wenangnya atas penduduk Mekah yang lemah atas nama al Latta dan al Uzza yang dimomokkan mereka.

Puak-puak penguasa yang dikepalai oleh Abu Jahal amat tidak senang dengan dakwah Muhammad ini yang mana dapat mengganggu gugat kepentingan dan kedudukan mereka dalam menguasai sosio ekonomi yang bersifat zalim dan menindas golongan bawahan Mekah ketika itu.

 Di Madinah pula, setelah penghijrahan, Nabi Muhammad s.a.w berdepan pula dengan pelbagai masalah negara yang baru ditubuhkan itu. Masalah perpaduan Muhajirin dan Ansar, masalah Yahudi yang sentiasa mencari jalan menghapuskan Rasulullah, penyebaran fitnah oleh puak-puak munafik Abdullah bin Ubay, dan juga ancaman dari Quraisy Mekah yang masih tidak berpuas hati dengan kebangkitan Islam di Madinah. Pendek kata Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah dapat berehat dengan aman dari segala permasalahan itu.

Setelah mengetahui sirah Nabi ini, aku dapati permasalahan umat pada hari ini tidak jauh bezanya dari zaman  jahiliyah dan kerajaan Madinah dahulu. Penguasa yang korup dan menindas..menyeksa rakyat yang tidak sehaluan..cuba menyekat ajaran agama yang menganjurkan keadilan dan kemakmuran..kelicikan dan kejahatan Yahudi laknatullah..penyebaran fitnah yang berleluasa..penzinaan..arak..dan sebagainya.

Sebagai orang Islam yang mengaku sebagai umat Muhammad, marilah kita mengambil tahu sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w. supaya dengan itu lebih menambahkan keimanan dan kecintaan kita kepada Junjungan Besar kita ini, Wallahu'alam..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...