Saturday 19 December 2009

CD : BLEEDING MASCARA - Beauty Behind The Mask


CD ni aku beli bulan lepas masa gig Ignite Fest di Kuala Terengganu. Malangnya, aku tak sempat tengok diorang main malam kedua tu.

Band ni asalnya dari Sri Manjung, Perak, dan CD 'Beauty Behind The Mask' ni merupakan rilisan terbaru mereka yang dikeluarkan pada tahun 2009 oleh Killer Machine Record. CD ni mengandungi 10 buah lagu yang 'keras' yang ada unsur-unsur sound berat Death Metal dan Hardcore.

Pada keseluruhannya, lagu-lagu dalam CD ni boleh layan. Soundnya yang aggresif dilengkapkan lagi dengan growl dan screaming vocal dari Adamox, cukup mengujakan. Ditambah pula dengan solo gitar yang sekali-sekala kedengaran menjadikan lagu-lagu mereka lebih bervariasi.

Inilah antara band-band metal tempatan generasi baru yang meneruskan kesinambungan muzik keras dengan menambah pelbagai elemen dalam muzik mereka untuk menjadikannya lebih segar.

Tuesday 15 December 2009

GIG: STRUCK A NERVE, PAKA.

Another gig will be held at Paka, Terengganu. So, go and struck your nerve..

Wednesday 9 December 2009

PALESTIN TAK PERNAH GENTAR


Sebuah lagi buku dari Telaga Biru kombinasi 2 penulis kelahiran Terengganu iaitu Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Fatimah Syarha Mohd. Noordin.

Walaupun buku ini berkenaan isu Yahudi dan Palestin, iaitu isu yang telah sering dipaparkan sejak dulu lagi oleh penulis-penulis lain seperti Ustaz Maszlee Malik dan lain-lain, isu ini sebenarnya tidak pernah padam dan sentiasa bergelora dalam hati setiap umat yang mempunyai roh persaudaraan Islam.

Apa yang membezakan buku ini berbanding buku-buku lain yang sama topik ialah cover dan gambar-gambar ilustrasi menarik dan colourful yang menghiasi buku ini.

Petikan Catatan Pengarang buku ini,

"Buku Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontemporari dan Penyelesaiannya ini dikemukakan supaya umat Islam dapat menyedari akan bahayanya gerakan Zionis dan betapa rakusnya mereka dalam misi memusnahkan Islam dan umatnya. Mereka begitu bernafsu untuk memperhambakan seluruh umat agar tunduk dan patuh kepada agenda mereka. Bahasa yang paling sesuai digunakan untuk mereka adalah perang dan jihad seperti mana yang diusulkan para ulama dan juga pemimpin Islam seperti mana kaedah disebut 'Pedang hendaklah diselesaikan dengan pedang'. "

A COMPREHENSIVE PRAYER FORMULA


Buku tulisan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman (UZAR) yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd ini menerangkan dengan terperinci dan bergambar (fully illustrated) cara-cara mengerjakan solat dengan betul dan lengkap.

Buku ini amat berguna bagi kita untuk mengetahui dan membetulkan tiap-tiap bacaan dan perbuatan dalam ibadat solat, walaupun kita dah pandai solat sejak akil baligh lagi.

Walaupun buku ini dalam bahasa Inggeris (aku tak pasti ada atau tidak versi bahasa Melayu), tetapi bahasanya mudah difahami dan disertakan gambar-gambar panduan bagi memudahkan pemahaman.

Bagi aku buku ni perlu dimiliki sebagai panduan dan rujukan oleh setiap orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...