Thursday 16 June 2011

FILEM : KL GANGSTER



Aku bukan ada niat pun nak tengok cerita ni. Dua hari lepas aku ada urusan kat Putrajaya. Tengahari tu aku lepak kat Alamanda bila urusan dah selesai. Oleh kerana flight aku malam, so aku pun habiskan waktu layan movie kat GSC Alamanda ni dulu sebelum ke KLIA.

Oleh kerana filem ni yang tengah meletup masa tu, so aku pun layan je lah. Sejujurnya aku tak pernah tengok pun filem-filem Syamsul Yusof sebelum ni waima kat panggung ataupun kat Astro. Tak tahu la, tapi tak rasa nak tengok. Jadi expectation aku kat cerita ni pun biasa-biasa je..

Cerita ni dimulakan dengan voice over Malek (Aaron Aziz) yang membebel pasal kisah hidup di KL dan kenapa dia masuk penjara. Kisah bermula bila dia start keluar penjara.

Secara ringkasnya filem ini berkisar tentang 2 kumpulan samseng yang sering bergaduh kerana merebut kawasan dan bisnes. Ada jugak la sub plot tentang kisah keluarga si Malek ni yang terbiar dan menjadi liar kerana kesamsengan Malek dulu.

Apabila Malek dibebaskan, kedua-dua kumpulan gangster ini cuba memujuk Malek menyertai mereka. Maklumlah Malek ni dulu bekas samseng yang digeruni. Tapi Malek dah insaf dan cuba menjadi baik dengan bekerja di Pasar Borong 'Slengor'. Pembebasan Malek juga menyebabkan sorang lagi samseng muda iaitu Shark (Syamsul) tidak senang duduk kerana berasa kedudukannya akan terancam. Shark cuba menghapuskan Malek.

Kesabaran Malek sampai ke kemuncaknya apabila Shark membunuh sahabatnya iaitu Fadil (Zizan RL) dan mengancam ibunya.

Filem ini hampir 80% dipenuhi dengan adegan aksi-aksi pergaduhan yang mengujakan. Tiada jiwang-jiwang dan lagu cintan seperti filem-filem ayahnya dulu. Walaupun jalan ceritanya simple tapi Syamsul berjaya memberi kepuasan kepada aku dengan babak-babak aksi itu.

Kesimpulannya, aku tak rasa rugi pun tonton filem ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...