Tuesday 20 September 2011

BUKU : TRAVELOG SYAHADAH & TRAVELOG HIDAYAH - Muhammad Rashidi Abdullah




Dua buah buku yang ringkas tapi menarik dari seorang penulis mualaf yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan.

Buku pertama diterbitkan pada 2010 dengan tagline 'Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga' menceritakan kisah hidup penulis yang berasal dari Sarawak dan kemudiannya berhijrah ke Semenanjung tanahair ketika remaja untuk mencari rezeki dan pengalaman hidup.

Penulis yang asalnya menganut agama kristian telah hanyut dalam kehidupan yang melalaikan hingga meringkuk dalam penjara.

Sinar hidayah dari ALLAH begitu kuat sehingga mendorong penulis berhijrah ke Kelantan untuk mengucap kalimah syahadah setelah kurang mendapat sokongan dari umat Islam sendiri di negeri lain.

Buku kedua pula diterbitkan pada 2011 dengan tagline 'Daripada Hidayah Kepada Dakwah' merupakan coretan penulis tentang pahit maung dan suka duka sebagai pendakwah setelah memeluk Islam. Juga dicatatkan luahan, pemerhatian dan pandangan beliau tentang permasalahan umat Islam masa kini.

Pembaca perlu menghabiskan buku pertama dahulu sebelum membaca buku yang kedua untuk lebih memahami latar belakang dan kehidupan silam penulis.

Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd dan berharga RM15.00 setiap satu.

Thursday 16 June 2011

FILEM : KL GANGSTER



Aku bukan ada niat pun nak tengok cerita ni. Dua hari lepas aku ada urusan kat Putrajaya. Tengahari tu aku lepak kat Alamanda bila urusan dah selesai. Oleh kerana flight aku malam, so aku pun habiskan waktu layan movie kat GSC Alamanda ni dulu sebelum ke KLIA.

Oleh kerana filem ni yang tengah meletup masa tu, so aku pun layan je lah. Sejujurnya aku tak pernah tengok pun filem-filem Syamsul Yusof sebelum ni waima kat panggung ataupun kat Astro. Tak tahu la, tapi tak rasa nak tengok. Jadi expectation aku kat cerita ni pun biasa-biasa je..

Cerita ni dimulakan dengan voice over Malek (Aaron Aziz) yang membebel pasal kisah hidup di KL dan kenapa dia masuk penjara. Kisah bermula bila dia start keluar penjara.

Secara ringkasnya filem ini berkisar tentang 2 kumpulan samseng yang sering bergaduh kerana merebut kawasan dan bisnes. Ada jugak la sub plot tentang kisah keluarga si Malek ni yang terbiar dan menjadi liar kerana kesamsengan Malek dulu.

Apabila Malek dibebaskan, kedua-dua kumpulan gangster ini cuba memujuk Malek menyertai mereka. Maklumlah Malek ni dulu bekas samseng yang digeruni. Tapi Malek dah insaf dan cuba menjadi baik dengan bekerja di Pasar Borong 'Slengor'. Pembebasan Malek juga menyebabkan sorang lagi samseng muda iaitu Shark (Syamsul) tidak senang duduk kerana berasa kedudukannya akan terancam. Shark cuba menghapuskan Malek.

Kesabaran Malek sampai ke kemuncaknya apabila Shark membunuh sahabatnya iaitu Fadil (Zizan RL) dan mengancam ibunya.

Filem ini hampir 80% dipenuhi dengan adegan aksi-aksi pergaduhan yang mengujakan. Tiada jiwang-jiwang dan lagu cintan seperti filem-filem ayahnya dulu. Walaupun jalan ceritanya simple tapi Syamsul berjaya memberi kepuasan kepada aku dengan babak-babak aksi itu.

Kesimpulannya, aku tak rasa rugi pun tonton filem ni.

Saturday 16 April 2011

BUKU : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI - Bob Lokman & Riduan Mohamad Nor



Bob Lokman telah mengejutkan arena hiburan tempatan apabila mengumumkan penyertaan dalam parti PAS baru-baru ini. Bukan itu saja, Bob Lokman juga telah menukar penampilan dan menjadi penceramah PAS yang paling hot ketika ini.

Apa yang menyebabkan Bob Lokman begitu tekad membuat perubahan ini ketika namanya tengah laku sebagai pelakon drama bersiri dan juri tetap rancangan Raja Lawak hingga ada wartawan hiburan yang menganggap tindakan Bob Lokman ini sebagai menutup periuk nasi sendiri?

Buku ini mengungkap secara ringkas perjalanan hidup seorang insan bernama Mohd Hakim bin Lokman dari zaman kenakalannya di sekolahnya hingga sekarang, dan juga susur galur keturunannya dari ulama terkenal iaitu Tok Kenali. Dididik dengan disiplin yang ketat oleh ayahnya dan kelembutan serta siraman ilmu agama dari datuknya membentuk diri Bob Lokman hingga dewasa.

Kejayaan dalam bidang muzik diuji Allah dengan sakit yang menyebabkan dia terlantar, sehingga membawa kepada keruntuhan rumahtangga yang pertama. Kereta dan rumah juga ditarik akibat kegagalan membayar ansuran. Tetapi dengan kecekalan hati dan tawakkal, dia mampu bangkit dari ujian yang berat itu.

Bagi peminat rock era akhir 80'an, Bob Lokman bukanlah nama yang asing walaupun dia bukanlah penyanyi atau gitaris mana-mana yang band rock yang terkenal pada masa itu.Bob Lokman adalah pengurus kumpulan WINGS dan antara yang bertanggungjawab menaikkan nama kumpulan itu hingga menjadi top hingga ke hari ini. Bob Lokman pernah digelar anggota ke 5 WINGS. Lirik-lirik tulisan beliau untuk kumpulan WINGS juga masih melekat hingga ke hari ini seperti lagu Taman Rashidah Utama, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Dari Tuhan, Orang Kita, Tangisan Marhaen, Puisi Merdeka, Krisis Di Pertengahan Hidup dan banyak lagi.

Kerjaya penulisan lirik Bob Lokman mencapai kemuncaknya dengan lagu ISABELLA nyanyian kumpulan SEARCH yang telah meletup hingga ke seberang selat Melaka. Lagu ini telah mencetuskan fenomena ke seluruh ceruk rantau tanah melayu hingga dinobatkan sebagai lagu terbaik pada tahun 1989.

Walaupun buku ini boleh dianggap terlalu ringkas bagi menceritakan perjalanan hidup Bob Lokman, ianya sedikit sebanyak dapat mengenalkan kita insan istimewa ini. Gambar-gambar yang menghiasi halaman buku ini agak tidak relevan dan seolah-olah tangkap muat saja.

Antara lirik lagu oleh Bob Lokman yang terakhir untuk kumpulan WINGS dan antara yang paling 'touching' ialah lagu di bawah ini yang bertajuk 'Krisis Di Pertengahan Hidup' dari album 'Mencari Asal Usul'.

Thursday 31 March 2011

BUKU: IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT - TG Dato' Dr Haron Din


Tuan Guru Dato' Dr Haron Din bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam bidang perubatan Islam. Beliau bukan sahaja tersohor dalam alam nyata ini, malahan dengarnya dalam alam ghaib pun namanya ditakuti oleh puak-puak jin yang suka membuat kacau kepada manusia. Wallahu'alam.

Buku kecil ini menghimpunkan doa-doa yang biasa diamalkan oleh Tuan Guru sendiri sepanjang penglibatannya dalam bidang perubatan Islam sebagai satu usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit. Ia diterbitkan oleh Darussyifa' sendiri di mana Tuan Guru adalah pengasas dan penasihatnya.

Edisi kedua ini pertama kali diterbitkan pada 2008 dan masih mendapat sambutan hingga kini dan terpaksa diulang cetak sebanyak 17 kali! Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah contact aku.

Tuesday 29 March 2011

KASET: DESIRE, - + x :- (1989)


DESIRE adalah antara band rock yang terbaik dari Kelantan. Album ini merupakan album kedua band ini dan dikeluarkan pada tahun 1989 selepas album ‘Sumpitan Senja’ (1988).

Album ini dimulakan dengan lagu tajuk album iaitu -+x:-, dengan intro dan starting yang catchy. Diikuti dengan lagu Otak Ular, sebuah lagu fast yang dimulakan dengan solo gitar yang agak panjang. Seperti kebiasaan album rock era akhir 80’an, lagu kedua atau ketiga wajib diletakkan lagu slow rock jiwang yang diharap dapat menjadi killer song dan dapat masuk carta Muzik Muzik.. Untuk album ini, DESIRE mempertaruhkan lagu Bias Cinta yang masih sedap didengar hingga kini. Selepas itu mereka kembali keras dengan lagu Dosa Semalam, dan kemudian kembali slow rock jiwang dengan lagu Sentuhan.

Side B dimulakan dengan lagu Benar Tetap Benar, sebuah lagu heavy yang menarik dengan elemen timur tengah serta lirik yang menyentuh mengenai isu Palestin. Sebuah lagi lagu keras yang sedap ialah Dinasti Air Mata, antara lagu terbaik dalam album ini, walaupun intro lagu ini ada bau-bau budu lagu SLAYER, Post Mortem. Lagu-lagu lain seperti Hakikat Cinta, Angkara Manusia dan Cetusan Rindu juga boleh layan.

Album ini adalah antara album rock tempatan yang menjadi favourite aku pada zaman itu. Album ini juga adalah album terbaik dari DESIRE berbanding album SUMPITAN SENJA (1988) dan Kata Kata Kata(1990).


KASET: OBITUARY - Slowly We Rot (1989)


OBITUARY adalah sebuah band Death Metal dari Florida, US. Album ini merupakan album pertama mereka, yang dikeluarkan oleh Roadrunner Record dan diedarkan oleh Sony Music di Malaysia pada tahun 1989.

First time dengar album ini, aku agak tertarik dengan suara dan nyanyian vokalis mereka, John Tardy, suara yang macam tercekik, dengan cara sebutan lirik yang dengar macam nak termuntah pun ada. Muzik mereka pula keras, thrashy, dihiasi dgn solo-solo gitar yang tajam, dan lagu-lagunya tidak panjang sangat. Berbeza sikit dengan band-band death metal dari Amerika Selatan dan Eropah yang banyak mendominasi arena death metal ketika itu.

Album ini dirakam di Morrisound Studio dan diterbitkan oleh Scott Burns, kombinasi yang menjadi rebutan band-band death metal US ketika itu.

Line up untuk album ini ialah John Tardy(v), Allen West(g), Trevor Peres(g), Donald Tardy (d), dan Daniel Tucker(b) yang semuanya masih muda ketika itu.

Sunday 27 March 2011

BUKU : FROM CAT STEVENS TO YUSUF ISLAM



Buku tulisan Hermawan Aksan ini adalah mengenai seorang penyanyi pop yang top suatu ketika dulu iaitu Cat Stevens @ Yusuf Islam.

Bagi generasi 30'an macam aku ni lebih mengenali Cat Stevens sebagai Yusuf Islam. Dulu aku ingat lagu 'Wild World' tu lagu Mr. Big, tapi rupa-rupanya lagu asal Cat Stevens ni lah.

Cat Stevens ni masa zaman dia dulu kira top jugak la. Kalau sekarang ni macam Justin Bieber la kot. he..he.. Macam-macam anugerah dan pencapaian yang dimenangi. Kira artis top yang glamour la masa tu..

Tapi hidayah Allah tidak pernah mengenal sesiapa. Apabila nur hidayah ditiupkan kepada penyanyi top ini, tiada sesiapa atau apa-apa lagi yang dapat menahan dan menghalang. Jadilah Cat Stevens sebagai Yusuf Islam hingga hari ini. Bukan itu aje, malah Yusuf Islam ini menjadi aktivis dan pendakwah yang komited dan paling dihormati di UK.

Setiap yang beriman pasti akan ada dugaan dan cubaan. Begitu juga dengan Yusuf Islam ini. Kemasukan ke dalam agama Islam dan kegiatan dakwahnya tidak pernah disenagi oleh puak-puak Yahudi dan Kristian. Pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan. Beliau pernah dilabel sebagai 'pengganas' atau 'teroris' dan diletakkan dalam senarai blacklist individu yang dilarang dari memasuki Amerika.

Walaupun buku ini agak susah jugak nak difahami istilah-istilah indonesianya, tapi fakta dan gambar-gambar yang agak 'rare' banyak memberikan informasi yang berguna kepada pembaca.

Sunday 20 March 2011

TSUNAMI : Kami akur dengan kekuasaan-Mu



Ya Allah..
Kami tahu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, tetapi kami sering lupa dengan kekuasaan-Mu, hingga Engkau memberi peringatan.

Ya Allah..
Kami tahu, sesungguhnya kami ini hamba dan Engkau tuan kami, tapi kami sering lupa mengabdikan diri kepada-Mu.

Ya Allah..
Kami sedar, dunia ini hanya sementara, tapi kami masih leka mengejarnya hingga melupakan negeri akhirat yang kekal abadi.

Ya Allah..
Kami yakin dengan hari pembalasan-Mu, yang padanya tiada berguna lagi harta dan anak pinak, tapi kami masih alpa mengejar kebendaan hingga melupakan-Mu.

Ya Allah..
Kami tahu nikmat yang kami kecapi ini adalah kurniaan-Mu, tetapi sedikit sahaja kami bersyukur kepada-Mu.

Ya Allah..
Kami sedar api neraka Mu sangat panas dan kami tidak sanggup untuk manahannya, tetapi kami juga tahu bahawa sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun.

Ya Allah..
Oleh itu, ampunkanlah kami...

Ya Allah, Ya Robbal 'A-lameeen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...