Thursday 31 March 2011

BUKU: IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT - TG Dato' Dr Haron Din


Tuan Guru Dato' Dr Haron Din bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam bidang perubatan Islam. Beliau bukan sahaja tersohor dalam alam nyata ini, malahan dengarnya dalam alam ghaib pun namanya ditakuti oleh puak-puak jin yang suka membuat kacau kepada manusia. Wallahu'alam.

Buku kecil ini menghimpunkan doa-doa yang biasa diamalkan oleh Tuan Guru sendiri sepanjang penglibatannya dalam bidang perubatan Islam sebagai satu usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit. Ia diterbitkan oleh Darussyifa' sendiri di mana Tuan Guru adalah pengasas dan penasihatnya.

Edisi kedua ini pertama kali diterbitkan pada 2008 dan masih mendapat sambutan hingga kini dan terpaksa diulang cetak sebanyak 17 kali! Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah contact aku.

Tuesday 29 March 2011

KASET: DESIRE, - + x :- (1989)


DESIRE adalah antara band rock yang terbaik dari Kelantan. Album ini merupakan album kedua band ini dan dikeluarkan pada tahun 1989 selepas album ‘Sumpitan Senja’ (1988).

Album ini dimulakan dengan lagu tajuk album iaitu -+x:-, dengan intro dan starting yang catchy. Diikuti dengan lagu Otak Ular, sebuah lagu fast yang dimulakan dengan solo gitar yang agak panjang. Seperti kebiasaan album rock era akhir 80’an, lagu kedua atau ketiga wajib diletakkan lagu slow rock jiwang yang diharap dapat menjadi killer song dan dapat masuk carta Muzik Muzik.. Untuk album ini, DESIRE mempertaruhkan lagu Bias Cinta yang masih sedap didengar hingga kini. Selepas itu mereka kembali keras dengan lagu Dosa Semalam, dan kemudian kembali slow rock jiwang dengan lagu Sentuhan.

Side B dimulakan dengan lagu Benar Tetap Benar, sebuah lagu heavy yang menarik dengan elemen timur tengah serta lirik yang menyentuh mengenai isu Palestin. Sebuah lagi lagu keras yang sedap ialah Dinasti Air Mata, antara lagu terbaik dalam album ini, walaupun intro lagu ini ada bau-bau budu lagu SLAYER, Post Mortem. Lagu-lagu lain seperti Hakikat Cinta, Angkara Manusia dan Cetusan Rindu juga boleh layan.

Album ini adalah antara album rock tempatan yang menjadi favourite aku pada zaman itu. Album ini juga adalah album terbaik dari DESIRE berbanding album SUMPITAN SENJA (1988) dan Kata Kata Kata(1990).


KASET: OBITUARY - Slowly We Rot (1989)


OBITUARY adalah sebuah band Death Metal dari Florida, US. Album ini merupakan album pertama mereka, yang dikeluarkan oleh Roadrunner Record dan diedarkan oleh Sony Music di Malaysia pada tahun 1989.

First time dengar album ini, aku agak tertarik dengan suara dan nyanyian vokalis mereka, John Tardy, suara yang macam tercekik, dengan cara sebutan lirik yang dengar macam nak termuntah pun ada. Muzik mereka pula keras, thrashy, dihiasi dgn solo-solo gitar yang tajam, dan lagu-lagunya tidak panjang sangat. Berbeza sikit dengan band-band death metal dari Amerika Selatan dan Eropah yang banyak mendominasi arena death metal ketika itu.

Album ini dirakam di Morrisound Studio dan diterbitkan oleh Scott Burns, kombinasi yang menjadi rebutan band-band death metal US ketika itu.

Line up untuk album ini ialah John Tardy(v), Allen West(g), Trevor Peres(g), Donald Tardy (d), dan Daniel Tucker(b) yang semuanya masih muda ketika itu.

Sunday 27 March 2011

BUKU : FROM CAT STEVENS TO YUSUF ISLAM



Buku tulisan Hermawan Aksan ini adalah mengenai seorang penyanyi pop yang top suatu ketika dulu iaitu Cat Stevens @ Yusuf Islam.

Bagi generasi 30'an macam aku ni lebih mengenali Cat Stevens sebagai Yusuf Islam. Dulu aku ingat lagu 'Wild World' tu lagu Mr. Big, tapi rupa-rupanya lagu asal Cat Stevens ni lah.

Cat Stevens ni masa zaman dia dulu kira top jugak la. Kalau sekarang ni macam Justin Bieber la kot. he..he.. Macam-macam anugerah dan pencapaian yang dimenangi. Kira artis top yang glamour la masa tu..

Tapi hidayah Allah tidak pernah mengenal sesiapa. Apabila nur hidayah ditiupkan kepada penyanyi top ini, tiada sesiapa atau apa-apa lagi yang dapat menahan dan menghalang. Jadilah Cat Stevens sebagai Yusuf Islam hingga hari ini. Bukan itu aje, malah Yusuf Islam ini menjadi aktivis dan pendakwah yang komited dan paling dihormati di UK.

Setiap yang beriman pasti akan ada dugaan dan cubaan. Begitu juga dengan Yusuf Islam ini. Kemasukan ke dalam agama Islam dan kegiatan dakwahnya tidak pernah disenagi oleh puak-puak Yahudi dan Kristian. Pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan. Beliau pernah dilabel sebagai 'pengganas' atau 'teroris' dan diletakkan dalam senarai blacklist individu yang dilarang dari memasuki Amerika.

Walaupun buku ini agak susah jugak nak difahami istilah-istilah indonesianya, tapi fakta dan gambar-gambar yang agak 'rare' banyak memberikan informasi yang berguna kepada pembaca.

Sunday 20 March 2011

TSUNAMI : Kami akur dengan kekuasaan-Mu



Ya Allah..
Kami tahu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, tetapi kami sering lupa dengan kekuasaan-Mu, hingga Engkau memberi peringatan.

Ya Allah..
Kami tahu, sesungguhnya kami ini hamba dan Engkau tuan kami, tapi kami sering lupa mengabdikan diri kepada-Mu.

Ya Allah..
Kami sedar, dunia ini hanya sementara, tapi kami masih leka mengejarnya hingga melupakan negeri akhirat yang kekal abadi.

Ya Allah..
Kami yakin dengan hari pembalasan-Mu, yang padanya tiada berguna lagi harta dan anak pinak, tapi kami masih alpa mengejar kebendaan hingga melupakan-Mu.

Ya Allah..
Kami tahu nikmat yang kami kecapi ini adalah kurniaan-Mu, tetapi sedikit sahaja kami bersyukur kepada-Mu.

Ya Allah..
Kami sedar api neraka Mu sangat panas dan kami tidak sanggup untuk manahannya, tetapi kami juga tahu bahawa sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun.

Ya Allah..
Oleh itu, ampunkanlah kami...

Ya Allah, Ya Robbal 'A-lameeen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...