Tuesday 24 January 2012

CD : NUCLEAR STRIKES - Megastorm Eyes (2011)

Nuclear Strikes akhirnya muncul dengan EPnya setelah sekian lama mengukir nama di persada muzik underground tanahair. Megastorm Eyes diterbitkan pada Oktober 2011 di bawah label Angel Studio & Madratt Production. Mengandungi 5 buah lagu original dan sebuah bonus track.

Dengan bermazhabkan heavy metal 80an, Nuclear Strikes cuba menampilkan ciri-ciri lengkap anutan mereka itu. Imej dan penampilan mereka memang totally rock metal 80an, begitu juga dengan showmanship mereka. Vocalist wanita dan lead gitar paling mencuri tumpuan dengan gaya dan skill masing-masing di pentas, 2nd gitar yang asyik banging, bassist yang cool dan drummer yang rock habis.

Lagu-lagu yang terdapat dalam EP ini ialah Megastorm Eyes, Last Savior, Memoir of a Friend, Red Soldier, Terminal Danger dan Memori Hidup (bonus track). Memori Hidup merupakan lagu versi melayu bagi lagu Memoir of a Friend, killer song mereka yang mendayu-dayu dan meresahkan itu.

Keseluruhannya, muzik mereka dalam EP ini adalah heavy dan speed metal yang segar, dengan elemen metal 80an yang padat dengan solo dan distortion gitar, dilengkapi dengan vocal wanita dengan style vibrato yang tersendiri. Kadang-kadang dengar macam Amy Lee pun ada.   

Band ini memerlukan sedikit masa lagi untuk mengasah skill dan kebolehan mereka untuk menjadi satu nama besar dalam persada muzik metal Malaysia.

Monday 16 January 2012

NOVEL : KHALID AL WALID - Memburu Syahid

Seorang lagi tokoh pejuang Islam yang dipilih oleh Abdul Latip Talib untuk dinovelkan ialah Khalid al Walid. Kehebatan Khalid al Walid sebagai panglima perang tentera Islam selepas memeluk Islam begitu menonjol hingga digelar Pedang Allah atau Saifullah. Ironinya, sebelum memeluk Islam, Khalid mengetuai tentera kuffar Mekah menewaskan tentera Islam pada peperangan Uhud.

Khalid al Walid berkhidmat sebagai panglima tentera pada zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W hingga ke zaman Khalifah Abu Bakar. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Khalid al Walid digugurkan dari jawatan itu. Namun Khalid al Walid akur dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Walaupun Khalid al Walid terlibat dalam lebih dari 50 peperangan sepanjang hidupnya, namun cita-citanya untuk mati syahid tidak kesampaian.









Saturday 14 January 2012

NOVEL : Sultan Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopel

Sultan Muhammad al-Fateh merupakan salah seorang pemerintah kerajaan Usmaniyah yang masyhur. Baginda menjadi pemerintah kerajaan Usmaniyah dari tahun1451 hingga tahun 1481. Baginda menggantikan ayahanda baginda iaitu Sultan Murad II ketika baginda hanya berumur 19 tahun.

Kejayaan terbesar Sultan Muhammad al-Fateh ialah penaklukan kota Konstantinopel dari kerajaan Rom yang merupakan antara kerajaan terkuat pada masa itu. Kejayaan ini telah membenarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W. mengenai penaklukan konstantinopel.

Novel yang ditulis oleh Abdul Latip Talib ini menceritakan detik-detik peristiwa yang menjadi kebanggaan seluruh umat Islam dari dulu hingga kini itu dengan fakta menarik dan dramatik.

 

Monday 2 January 2012

NIKON D3100

Aku baru je berjinak-jinak dengan fotografi ni. Gadget aku yang pertama ialah Nikon D3100. Sebabnya, ia murah, sesuai dengan beginner yang low budget macam aku.

Mula-mula memang pening nak paham tentang kamera DSLR ni. Apperture la.. Shutter Speed la.. ISO la.. Pakai kamera digital kompak lagi senang. Snap je.. Tapi sekarang boleh la faham sikit-sikit konsep exposure tu, berkat pembacaan di majalah dan blog-blog, kursus fotografi dan otai-otai yang tak kedekut ilmu.

Semoga aku dapat teruskan hobi baru aku ini dan menjadi seorang photographer yang disegani.. hehe..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...