Sunday 7 November 2010

GADGET : NOKIA N8 DAN E7

Nokia baru sahaja melancarkan beberapa model terbaru mereka supaya mereka tidak ketinggalan dalam saingan perlumbaan pengeluaran model-model telefon yang lain seperti iPhone4, HTC Desire, Samsung i9000 dan macam-macam model terkini lagi. Antara model yang dijangka menarik perhatian ialah :



NOKIA N8

Nokia N8 ini adalah telefon touch screen sepenuhnya yang menggunakan platform symbian^3, iaitu siri Symbian yang paling latest.

Ia dilengkapi dengan kamera 12 megapixel, xenon flash dan kamera video berdefinasi tinggi (HD) yang menjanjikan kualiti gambar dan rakaman yang hebat, serta dapat disambung kan terus ke TV menggunakan kabel HDMI.

Dengan skrin AMOLED 3.5 inci, pengguna dapat merasai teknologi pemaparan ClearBlack terbaru.




NOKIA E7

Bagi meneruskan kesinambungan generasi model telefon communicator yang masih mendapat sambutan, Nokia mengeluarkan model terkini, E7.

Sebagaimana model communicator yang lain, E7 dilengkapkan dengan keyboard QWERTY untuk memudahkan dari segi input. Ia disasarkan kepada golongan business man dan eksekutif yang sentiasa memerlukan sebuah alat bantuan peribadi yang lengkap dan mempunyai sambungan internet yang pantas dan cekap.

Dengan design yang cantik dan agak nipis berbanding ahli keluarga communicator yang lain, Nokia E7 pasti akan dapat menawan hati golongan sasaran mereka.

E7 ini juga mengunakan Symbian^3 seperti N8 di atas tetapi skrin AMOLEDnya sebesar 4.0 inci.

Friday 5 November 2010

BUKU : TIP-TIP KEWANGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Kewangan selalu menjadi masalah yang membelenggu ramai orang, walaupun mereka mempunyai pekerjaan dan gaji tetap. Keluhan juga sering kedengaran terutamanya pada pertengahan dan penghujung bulan.

Melalui buku ini, KCLau memberi panduan yang berupa tip-tip dan 'trick' yang simple dan pratikal untuk rakyat Malaysia dalam menguruskan kewangan peribadi tanpa usaha dan kerja keras, cuma memanipulasikan perkara seharian seperti simpanan, pelaburan unit amanah, kad kredit, gadai janji, NCD insurans, pinjaman, insurans nyawa, cukai pendapatan dan lain-lain lagi.

Sebanyak 24 tips dikemukakan oleh penulis yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Tips Kewangan Bijak, Tips Menjana Wang, Tips Menjimat Wang, dan Tips Melindungi Wang.

Ironinya, KCLau bukanlah lulusan ekonomi dari universiti hebat luar negara. Dia adalah lulusan UTM Skudai dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal, tetapi tidak pernah terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dia sebaliknya lebih cenderung menjadi seorang pemuzik selama bertahun-tahun dan terjebak dalam industri perkhidmatan kewangan kerana minat.

Melalui buku ini, beliau berharap dapat membuka mata ramai orang untuk mencapai lebih banyak dengan sumber kewangan yang terhad.

Saturday 6 March 2010

MAGAZINE : KARISMA #2

Sebuah majalah bernuansakan muzik metal baru saja menjengah pasaran sejak Januari 2010. Tup-tup dah issue no.2. Tak nampak pulak first issue kat pasaran sebelum ni. Mungkin tak widely spread kot.

Issue No.2 ni menampilkan foto klasik band Cromok sebagai front page. Juga dimuatkan temubual ekslusif yang menarik bersama dengan Sam Cromok, yang banyak mendedahkan kisah-kisah band ini ketika di Australia.

Terdapat juga artikel yang menarik pasal Iwan Fals, legenda muzik Indonesia yang rebellious dan kritis. Artikel ini lengkap dengan fakta-fakta, discography dan petikan lirik yang menarik dari lagenda ini.

Artikel lain juga tak kurang menarik dan sarat dengan informasi muzik metal dari dalam dan luar negara seperti XPDC, Jump P, Blackfire, Bulldozer, Lamb Of God, Predicated Not Define dan banyak lagi, termasuk gig review.

Sebenarnya majalah KARISMA ini adalah kesinambungan dari majalah EMPAYAR dan METAL STORM yang telah berkubur tanpa nesan. Dengan editor dan crew team yang sama, bolehlah dikatakan KARISMA adalah kelahiran semula majalah EMPAYAR. Cuma kekurangan dari segi kualiti printing dan penggunaan font yang agak menyakitkan mata.

So, bagi metal head sekalian, supportlah majalah ni supaya ianya tidak berkubur seperti sebelum ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...